Hari ni 30Zulhijjah 1432H . Korang ni jangan ingat 31Disember je .tahun Masihi ingat Tahun Hijrah lupa .malu weijadi orang Islam kalau tak ingat tarikh atau tahun Hijrah . sebab Nabi Muhammad SAW dul
u susah tahu nak berhijrah , bukan satu perkara yg mudah tapi dengan Izin Allah . Hijrah Nabi Muhammad SAW telah membawa kepada satu permulaan baru pada seluruh umat Islam di Madinah dan Makkah ketika itu dan seluruh dunia kini.
kalau tahun baru masihi korang boleh sambut grand grand . gempak-gempak .konsert sana konsert sini .takkan sambut Maal Hijrah tak boleh . bukan susah pun wei . lepas sola
kalau tahun baru masihi korang boleh sambut grand grand . gempak-gempak .konsert sana konsert sini .takkan sambut Maal Hijrah tak boleh . bukan susah pun wei . lepas sola
t Asar baca Doa Akhir Tahun .
Lepas Maghrib baca Doa Awal Tahun .tak susah wei . sekejap je . tak payah nak bersesak jalan semua . cuma doa dalam keadaan yg tenang .Senang kan ?
=D
Doa Akhir Tahun : (baca sebelum beberapa minit masuk waktu maghrib selepas solat Asar) kalau ikut waktu KL dalam pukul 6.45petang bolehla baca doa akhir tahun . Doalah , Ayah selalu pesan:Doa itu senjata orang Mukmin . dengan doa segalanya boleh jadi , dengan Izin Allah segalanya tidak mustahil .Yang penting doalah agar segala amal kita tahun ini diterima .Doalah agar segala dosa kita diampunkan . dan doalah agar segala perkara yg berlaku pada tahun ni memberi kita hikmah , dan segala cubaan mendekatkan diri kita kepada Allah . Doa agar Allah menjadikan kita orang yg bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan dan hindarkan hati kita daripada terpedaya dengan apa yg Allah hindarkan .Ucaplah TERIMA KASIH pad
a ALLAH kerana kita mash dipanjangkan umur diberi peluang untuk BERTAUBAT.
Ingat ! Kadang-kadang nikmat yg Allah beri boleh jadikan kita KUFUR atau BERSYUKUR .
Doa Awal Tahun:(baca selepas solat Maghrib) . Lepas solat Maghrib ni bacalah Doa Awal Tahun . Doa agar segala urusan kita pada tahun ini dipermudahkan . Doa agar kita sentiasa dlm golongan yg beriman , doa agar kita menjadi orang yg bersyukur dan berasa cukup . Doa agar tahun ini lebih baik dari tahun lepas . Sebab kita tak tahu apa yg akan berlaku pada masa hadapan . Doa agar dipanjangkan umur untuk beribadah dan bertambah iman dan terhindar dari tergolong dlm golongan yg mempersendakan agama. Doalah yg baikbaik . Doa agardipermudahkan rezeki dan jangan lupa doa untuk diri kita terutamanya , buat IbuAyah kita , Keluarga kita , Jiran kita ,Sahabat kita , orang yg kita kenal dan MusliminMu
slimat yg hidup atau yg telah mati . Kita doakan orang Insya-Allah orang juga akan mendoakan kita .
Ingat! Kejayaan kita hari ini kadang-kadang bukan sebab doa kita tapi doa orang lain .:)
Dalam Buku surah yassin , tahlil dan Doa mesti ada la dua Doa ni .
Marilah kita sama-sama berdoa dan saling mengingatkan . Allah berfirman "Ingatilah AKU , nescaya aku akan mengingati mu " (Surah Al-Baqarah:152)
Janganlah malas . Tak ke kita malu . Haiwan berzikir , tumbuh-tumbuhan berzikir . segala yg ada di langit dan bumi berzikir pada Allah .Kita sebaik-baik kejadian lupa pada Allah . Astaghfirullah .Ya Allah , jauhkanlah kami dari lalai dan leka . Sesungguhnya Maha Suci Engkau yg tidak lupa dan tidak tidur .
1 comment:
salam maal hijrah semua=D
Post a Comment